Wednesday, 6 February 2013

minggu 5 : membina dan mengunakan tapak dan laman web pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu



KEPENTINGAN MEMBINA LAMAN WEB

  • memaparkan idea
  • meningkatkan kebolehan diri
  • komunikasi maya
  • berkongsi maklumat
Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web di mana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 





prosedur memuat naik tapak pembelajaran dan laman web ke file manager































minggu 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


PENGENALAN

Memandangkan internet mempunyai kesan yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengguna perlu melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi gabungan unsur yang sesuai dan yang tidak sesuai.

Kemahiran dalam Bahasa Melayu

Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.

FAKTOR PEMILIHAN BAHAN DI INTERNET

SUMBER

BEBAS

KESAHAN

KEPENTINGAN SELEPAS MEMILIH BAHAN INTERNET

PEMILIHAN BAHAN TATABAHASA

Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa. Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH.

JENIS-JENIS TATABAHASA
  • kata nama
  • kata kerja
  • kata hubung
  • kata sendi nama
  • kata nama khas

PEMILIHAN BAHAN SASTERA

Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.

JENIS-JENIS SASTERA

  • pantun
  • sajak
  • syair
  • seloka
  • gurindam
  • cerita pendek

MEMILIH BAHAN BIDANG ILMU LAIN

Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.

  1. ilmu Agama
  2. ilmu Sains
  3. ilmu Matematik
  4. ilmu Sejarah