PENGENALAN
Memandangkan internet mempunyai kesan yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengguna perlu melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi gabungan unsur yang sesuai dan yang tidak sesuai.
Kemahiran dalam Bahasa Melayu
Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.
FAKTOR PEMILIHAN BAHAN DI INTERNET
SUMBER
BEBAS
KESAHAN
KEPENTINGAN SELEPAS MEMILIH BAHAN INTERNET
PEMILIHAN BAHAN TATABAHASA
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa. Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH.
JENIS-JENIS TATABAHASA
- kata nama
- kata kerja
- kata hubung
- kata sendi nama
- kata nama khas
PEMILIHAN BAHAN SASTERA
Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.
JENIS-JENIS SASTERA
- pantun
- sajak
- syair
- seloka
- gurindam
- cerita pendek
MEMILIH BAHAN BIDANG ILMU LAIN
Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.
- ilmu Agama
- ilmu Sains
- ilmu Matematik
- ilmu Sejarah